Walau atas alasan apa sekalipun yang diberikan, sebenarnya ramai yang melihat tindakan Jalani bercerai dengan Raja Azmi sebagai satu tindakan lambat.
Apa lagi yang tinggal kepada Keluarga Sidek? Kecuali Razif, semua adik beradik lelaki Misbun telah dimufliskan dek perniagaan yang diinisiatifkan oleh Raja Azmi. Tidak sahaja muflis, mereka juga kehilangan hampir kesemua tanah anugerah sama ada dari Kerajaan Negeri Selangor pada zaman pentadbiran Barisan Nasional dan Kerajaan Persekutuan.
Dan kerana sebidang tanah milik Keluarga Sidek jugalah, Raja Azmi meringkuk sebentar di dalam lokap Balai Polis Pandan Indah tidak lama sebelum dia ditangkap khalwat dengan Roslin Hashim di Hotel Chorus, Jalan Ampang.
Aset terakhir yang 'dirampas' adalah sebuah bangunan kedai di Danau Kota yang merupakan milik Rashid Sidek.
Raja Azmi tidak mempunyai apa-apa sebaliknya wanita yang terkenal sebagai pemuja Anwar Ibrahim itu cukup bijak bermain manipulasi. Akhirnya apa yang berlaku ialah, tidak sahaja Keluarga Sidek hanya mampu hidup dalam glamour tetapi kesemua mereka hanya mampu tersengih menanggung hutang yang dibuat oleh wanita bernama Raja Azmi!!!
Apa yang berlaku dan dilakukan oleh Raja Azmi mengingatkan kita kepada Anwar Ibrahim yang bijak bermain manipulasi dan menggunakan orang lain, yang akhirnya orang lain jugalah yang terpaksa menanggung beban yang diciptanya!!!
No comments:
Post a Comment